0

Shaum Sya'ban

Labels:


Dari Aisyah r.a katanya:
”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya.
Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus.
Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan.
Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada
puasanya di bulan Syaaban.”(al-Bukhari)

Huraian
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab
   pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga
   ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian
   adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban
   itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan
   sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan
   untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki
   diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati
   dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis
     yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa
     tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari
     pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi
     dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan
     apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah
      SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya
      serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua
      dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan
      penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  iii. Bertaubat
  iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana
      sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah
      malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

0 comments:

Posting Komentar